Thursday, 2 October 2014

Pengenalan : Apa itu ARCA ?

Apa Itu ARCA ??

Mengikut buku Art Fundamentels Theoty and Practice, twelfth edition,

  • istilah arca mempunyai makna yang pelbagai dalam sejarah
  • istilah sculpture berasal dari perkataan sculpere dalam bahasa Latin, yang merujuk kepada proses mengukir, memotong, atau ukiran
  • mingikut orang Yunani, definisi  sculpture juga mempunyai pemodelan bahan-bahan lembut seperti tanah liat atau lilin untuk menghasilkan angka lega dengan kedalaman cetek atau pada pusingan atau bahagian yang berbentuk bulat
  • dengan bahan-bahan ini, orang Yunani membangunkan standard yang ideal bagi bahagian indah untuk bentuk manusia yang diukir
  • pengukir kontemporari tidak lagi terhad kepada ukiran dan model kerana bahan-bahan yang banyak dan teknik baru yang telah membawa kepada ungkapan individu yang lebih besar dan kebebasan artistik
  • kini sculpture menggabungkan semua jenis bahan dan meneroka relationships.
  • sculptors ruang yang lebih terbuka faktor-mengelas, bolt, rivet, gam, menenun, menjahit, palu, dan cap bahan pelbagai seperti keluli, plastik, kayu, dan kain
  • banyak imej yang mencabar batas-batas antara media, seperti dalam kes kumpulan, di mana garis antara dua dan  tiga dimensi disilangkan

Mengikut buku Nota Bimbingan Seni Visual STPM,

  • Arca mreupakan satu objek 3 dimensi yang mempunyai isipadu (jisim) yang mungkin boleh memenuhi konsep masa, tempat, dan ruang.
  • Contoh Arca : Arca Luakan, Arca Binaan, Arca Kinestatik, Arca Stabil, Arca Mobail, Arca Asemblaj dan lain-lain

Jenis-jenis Arca :

  • Arca Berfungsi : biasanya digunakan disamping memperlihatkan nilai estetiknya, lebih kepada idealisasi, ada yang berkaitan dengan kepercayaan, keagamaan dan spiritual
  • Arca Estetika : hanya mamaparkan tentang nilai keindahannya sahaja, tidak mempunyai fungsi tertentu, biasanya terdapat di taman,kawasan peranginan dan galeri
  • Arca Luakan : dibuat dari bongkah kayu, plaster of paris, tanah liat dan batu, kebiasaannya bahan diukir dengan peralatan yang khas seperti pahat, kapak, pemukul, gergaji dan alat pengukir,bahagian yang tidak perlu akan dibuang dan yang tinggal hanya rupa, bentuk, dan jalinan yang diperlukan
  • Arca Asemblaj : hasil cantuman dari bahan-bahan yang terbuang, kebiasaannya pengarca akan mengubahsuai bahan yang diperolehi dan dicantumkan dengan teknik tertentu seperti teknik kimpalan (welding), hasil penggabungan daripada pelbagai bahan sehingga mewujudkan satu struktur dan bentuk baru yang mempunyai makna dan nilai estetik
  • Arca Binaan : bahan dan struktur arca yang akan dibuat kebiasaannya dirancang, sebina secara sistematik dan mempunyai pelan pembinaan, kebanyakan berkaitan dengan seni bina bangunan dan jentera, bahan yang sering digunakan seperti batu bata, marmar, simen, kepingan logam dan kayu
  • Arca Acuan : dicetak menggunakan acuan khas untuk membentukkannya, bahan yang digunakan adalah cair yang dikeraskan seperti simen, plastik,logam, tanah liat dan plaster of paris
  • Arca Bergerak : juga dikenali sebagai arca kinetik, bahan yang digunakan adalah bahan yang ringan seperti kepingan logam, papan, dawai, kain, dan kadbod,arca kategori ini boleh digantung disebut sebagai arca mobail
  • Arca Relief : gabungan ciri-ciri catan dan arca, kebiasaan kelihatan timbul dari permukaan dua dimensi mewujudkan permukaan seperti bentuk 3 dimensi, bahan yang digunakan adalah kepingan kayu, plaster of paris, batu yang diukir dengan pahat atau alat pengukir
  • Arca Stabil : boleh berdiri dengan sendiri, kedudukannya seimbang di atas sesuatu permukaan, bahan yang digunakan adalah dari bahan terbuang yang digunakan semula, bahan ini dicantumkan di antara satu sama lain dengan teknik yang sesuai, kadang kalaia boleh digerakkan
  • Arca Dinding : direka hasil gabungan catan dan arca, ada kawasan yang timbul dan berlekuk(tenggelam), menggunakan bahan media campuran yang boleh dicantumkan seperti papan, pelekat, cat dan ain-lain, dilakarkan secara sistematik
  • Arca Replika : merupakan arca yang menyerupai imej harian yang dijadikan mercu tanda atau daya penarik sesuatu tmepat, sebuat secara realisme
  • Arca Instalasi : memerlukanruang yang luas kerana ia gabungan pelbagai bentuk arca, pelbagai bentuk disusun dengan konsep tertentu untuk menyampaikan mesej
  • Arca Elektronik : menggunakan tenaga elektrik atau motor, penjanaan kuasa dapat membantu menggerakkan arca tersebut, hasil kemajuan sains dan teknologi, ramai pengarca mula menggunakan komputer atau alat kawalan jauh yang mampu mengawal pergerakan arca tersebut
Fungsi Arca : 
  • dibina di kawasan secara tidak langsung akan mengindahkan persekitaran
  • dibina di sesuatu tempat dan lokasi tertentu akan menimbulkan mood (perasaan) terhadap tempat tersebut
  • sebahagian arca dibina sebagai mercu tanda sesuatu tempat
  • imej harian dijadikan sebagai subjekseni untuk tatapan umum
  • meruapakan daya tarikan kepada pelancong ke tempat tersebut
  • juga boleh digunakan untuk menimbulkan keseronokan, hiburan dan keceriaan kanak-kanak

Secara Umum ,

  • Hasil karya seni halus yang mempunyai nilai estetik yang tinggi dalam bentuk 3-dimensi berasaskan unsur seni dan memberi makna serta boleh dilihat dari pelbagai sudut

1 comment: